"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para
sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada
mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah
habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi
ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap
Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah
SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam
semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya
bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita
tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan
semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan
dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.
Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Masyaallah. Indahnya sifat Rasululah. Menghargai pemberian orang lain walaupun ianya tidaklah dari sesuatu yang baginda sukai. Kisah dipetik dari Facebook hasil perkongsian sahabat aku.
Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua yang beragama Budha dan Selamat menyambut cuti Tahun Baru Cina kepada semua warga Malaysia..
![]() |
sumber : apit |
beta mulianya Rasul kita...
ReplyDelete@Cik Rose Cute itulah nabi kita.. insan mulia ...
ReplyDelete