March 5, 2018

Aku masih perlu perbaiki

Ibarat melepaskan yang terbaik,
Sedang kau masih meragui adakah diri ini sudah baik.

Jadi kau biarkan berlalu pergi,
Atas sebab ianya hak dan peribadi.

Tak mampu untuk halang apa yang direncanakan demi masadepan dirinya, kerana padanya hanya dia tahu apa yang terbaik untuknya. Aku pilih, undur.

Kalau tak mampu memudahkan urusan,
Aku tak boleh sulitkan.

Jerit hati,
Berteriak kuat, namun tetap ku simpan dari zahirnya.
Kerana aku rasa ia seolah aku penting diri,
Malah boleh beri impak pada keputusan yang telah dibuat.

Dan aku cuba, cerita dalam diam.

-Hafizz Nasruddin, 2018-

No comments:

Post a Comment

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...