June 17, 2012

Israk Mikraj | Sejarah Solat 5 Waktu





Assalamualaikum.

Ahad
17 Jun 2012 | 27 Rejab 1433 H

Selamat Menyambut Peristiwa Israk Mikraj pada semua umat Islam. Mari kita refresh kembali pengetahuan sirah/sejarah dimana bermulanya perintah solat 5 waktu sehari semalam.

Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram di Makkah, ke Masjidil Aqsa di Palastin dengan hanya menunggang sejenis binatang, Buraq dan diiringi oleh Malaikat Jibril dan Mikail.

Manakala Mikraj pula perjalanan Baginda Muhammad S.A.W dari Masjidil Aqsa di Palastin ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh. Bertapa hebatnya binatang yang bernama Buraq diciptakan oleh Allah S.W.T yang dapat terbang membawa Nabi hingga ke langit yang ketujuh.

Sebelum Nabi Muhammad memulakan perjalanan Israk Mikraj, dada baginda telah dibelah dan dicuci dengan air zamzam.

Semasa dalam perjalanan Israk, baginda terlihat beberapa peristiwa.

1)  Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) 
Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3) 
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) 
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

5) 
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.


Kemudian dalam perjalan Mikraj pula baginda bertemu Nabi Adam di langit pertama, Nabi Isa dan Yahya di langit kedua, Nabi Yusuf di langit ketiga, Nabi Idris di langit keempat, Nabi Harun di langit kelima, Nabi Musa di langit keenam dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.

Seterusnya, Baginda bertemu dengan Allah S.W.T lalu diperintahkan untuk melakukan solat 50 kali sehari. Nabi Muhammad meminta dikurangkan waktu solat tersebut dari 50 waktu hingga ke 5 waktu kerana baginda tahu bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukan solat sebanyak 50 waktu. Maka bermulalah perintah untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.


Sumber rujukan - ILuvIslam & Google

4 comments:

  1. bayangkan kalau kita kena solat 50 rakaat mcm zaman dulu.owh, susah nak wat keje laen. nasib baik 5 rakaat je. itu pon ramai yang tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,
      50 rakaat?
      tak sempat PCB nak blogwalking.
      5 rakaat?
      ramai pula yang ambil mudah.

      Delete

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...