andai mereka mengerti,
tidaklah aku sengsara seperti ini,
menanti satu jawapan yang tak pasti,
sesungguhnya ia melibatkan perasaan dan hati.
seandainya cinta itu dapat dipaksa,
ingin sekali aku melakukannya,
tapi pastikah ia berguna,
untuk mewujudkan rasa bahagia?
cinta,
engkau memaksa,
dia pula terpaksa,
tidak pula wujud bahagia,
tetapi timbul duka lara,
biarkan saja diberi masa,
tak kisah menunggu lama,
asalkan cinta datang sendirinya,
dari jiwanya yang ku cinta
sedekad, seabad, berapa lagi lamanya,
ku tak sabar menanti putaran masa,
karna hati kian bergelora,
tatkala wajahnya terbayang dimata.
kenyataan ini sukar disangkal,
memang diakui keperitannya ada,
tapi bersabar itulah caranya,
sehingga dapat jawapan pasti darinya
andai dada ini dapat dibelah,
ingin sekali ku keluarkan hatiku,
menunjukkan cintaku yang gah,
buat dirinya yang ku cinta tak lama dulu
oh bintang yang berkilau sinarannya diangkasa,
sampaikan luahan hati ini pada dia,
agar dia dapat mengerti apa yang aku rasa,
CINTA INI BUAT DIA SELAMANYA.!!
aku penat bicara tentang cinta,
kerana ia tiada hentinya,
berjam-jam lama,
sajak ini penghujungnya tiada.
jika diukur lilitan seluruh semesta,
lebih panjang kisah cinta kita,
harap dia di sana memikirkan si pencinta,
begitu juga merindukan aku si pendamba.
^_^
Karya HaNS Mohd ™ & A'an Pro
Selasa
19 Jun 2012 / 29 Rejab 1433 H
Tweet
Wah jiwang gitu..
ReplyDeletehehe!
Deleteluahan perasaan..
tulis sendiri ke? nice nice :")
ReplyDeleteyup!
Deletebuat dengan kawan.
fuhh ayat bombastik betul :) nice .
ReplyDeletehuhu!
Deletememang kebabom!! =D
amboi jiwangnya.haha. dah terkena sindrom le nih.huhu
ReplyDeleteboleh diterima akal juga la. =D
Deletedah boleh dah kasi kat awek ni.. hahaha
ReplyDeletehaha!
Deleteboleh jee..
Terbaik
ReplyDelete