March 17, 2012

Suatu hari nanti, aku pasti pergi jua





“ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku.” 
Riwayat Bukhari dan Muslim


Usahlah kau pinta sebuah kematian keatas diri mu hanya kerna kecewa dengan sesuatu.

Bukankah lebih baik kamu pinta umur dipanjang agar dapat terus melakukan kebaikan. Juga kau pohon keampunan atas kesalahan yang kau lakukan agar dapat bersiap sedia akan kematian yang tidak kita ketahui bila waktunya...

Doa ku,

Andai aku mati suatu hari nanti,

Aku berharap padamu ya Allah.

Permudahkanlah jalanku sewaktu sakaratul maut datang menjemput.

Kau permudahkanlah juga pada mereka yang menguruskan jenazahku...

Usahlah sahabat2 serta ahli keluargaku meratapi pemergian ku. Kerana dengan airmata kalian, tidak dapat mengembalikan sebuah nyawa yang telah pergi menghadap Illahi.

Tetapi teruskanlah mengingatiku dengan mengirimkan Al Fatihah. Semoga aku tenang disana.

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian.

1 comment:

  1. setiap yang hidup pasti pergi..itulah ketentuan perjalanan hidup kita..perbanyakkan pahala dan jauhi dosa..peringatan utk diri sendiri jugak..

    ReplyDelete

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...