January 27, 2013

Tips ketika mengalami hidung tersumbat (Selsema)





Pernah alami hidung tersumbat?
Mustahil jika anda tak pernah alaminya. Sedangkan bayi yang baru lahir pun ada yang mengalami selsema atau hidung tersumbat, hinggakan ada mak bapak yang sanggup sedut hingus bayinya guna mulut. Jijik kan? Hakikatnya itulah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu bapa.

Tapi bila dah besar, umur dah meningkat, dah tua bangka, takkan nak suruh orang sedutkan hingus. Siapa nak? Aku pun tak lalu. Pagi semalam aku online twitter kejap, ternampak tweet kawan aku ni yang dok luahkan isi hati dia yang kata tak selesa dengan hidung dia yang tersumbat. So, aku bagi tips sikit kat dia berdasarkan pengalaman.





Haha! dalam twitter tu memang mengarut. Tapi yang ni tips yang sebenarnya.


Tips ketika mengalami hidung tersumbat (Selsema)

  • Cuba bernafas guna mulut. Dalam masa beberapa minit, lubang hidung anda akan terbuka seperti sediakala. Dapat bernafas dengan sempurna.
  • Minum air suam. Ianya berfungsi seakan akan mencairkan hingus yang menyubatkan hidung.
  • Baringlah dalam keadaan mengiring. Jika hidung tersumbat sebelah kanan, maka mengiringlah ke kiri. Dan jika tersumbat sebelah kiri, buatlah sebaliknya.
  • Terakhir, jangan gunakan PELOCOK untuk menyelsaikan masalah hidung tersumbat anda. Buruk padahnya.

Setakat ni je tips yang dapat aku bagi. Moga bermanfaat pada yang sedang selsema. Insyaallah, berkat kesabaran dan ketabahan anda menghadapi ujian akan membuatkan selsema anda sembuh.









2 comments:

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...