January 24, 2013

Nikmat Maulidur Rasul hanya pada CUTI?

Sesetengah daripada kita dari awalnya sudah membilang hari ketibaan Maulidur Rasul. Dari hari ke hari, terus membilang waktu yang hampir tiba. Yang dinanti adakah benar Maulidur Rasul? Atau hanya cuti sempenanya sahaja. Cuti tetap cuti, namun peristiwa yang membawa kepada cuti rasmi harus dihayati.



Maulidur Rasul.
Atau di sebut sebagai Maulid atau Maulud yang membawa makna kepada Kelahiran Junjungan Besar kita yang merupakan pesuruh Allah. Muhammad SAW. Berapa ramai yang yang benar benar mengenali baginda. Jika aku yang ditanya sedemikian rupa, terus terang aku berkata "tidak". Tidak bukan bermakna tidak langsung mengetahui. Tetapi, banyak lagi yang harus aku pelajari dari sirah nabi.

Tak kenal maka tak cinta.
Selalu sangat dengar ungkapan itu. Selalu diguna dalam bercinta. Tak salah diguna untuk cinta kita pada baginda. Cintailah dia sebelum kamu mecintai insan lain. Selalu berselawat pada baginda serta kaum keluarga dan sahabat sahabat. Basahilah lidah kita dengan selawat selepas kita basahi dengan zikrullah. Insyaallah, kita akan dapat syafaat dari baginda.





Salam Maulidur Rasul pada semua warga blogger dan readers HansMohd. Selamat bercuti.


p/s : seronoknya hangpa semua cuti. Aku petang ni kena kerja.

No comments:

Post a Comment

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...