Mungkin ada yang kata, dah terlambat untuk aku ucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu yang dah mengajar aku selama ni. Tapi bagi aku, tidak! Jasa mu guru akan ku tetap kenang buat selama-lamanya. Tiada hari-hari tertentu mahupun sambutan tertentu sahaja, bagi mengenang mereka.
Bila tiba hari guru, maka ucapan rasmi aku buat khas untuk semua warga pendidik di Malaysia.
Guru,
Bukan mudah berjiwa pendidik sepertimu,
Berkorban demi menabur ilmu,
Arkitek, Doktor itu dari yang dungu,
Mereka berjaya atas segala jasa murni seorang guru.
Tiada hadiah istimewa yang boleh ku beri pada mu,
Tetapi yang ucapan terima kasih dan bersyukur dari lubuk hatiku,
Adanya aku di tempat yang tinggi, itu kerana engkau,
Tiadanya aku di tempat rendah juga kerana engkau.
Terima kasih Cikgu!
Teringat pulak kenangan time sekolah rendah dolu-dolu. Tiba hari guru, penuh beg diusung ke sekolah. Apa dalamnya, hadiah jawab ku. Naik ke zaman sekolah menengah, beg kosong digalas kesana-kemari. Hari tak belajar, hari untuk horay-horay. Itu kata ku.
Ada pula, surprise katanya.
Buat ucapan hari guru, pergi conteng kereta cikgu.
Apa lagi, kesian cikgu menangis tak berlagu.
Mana tidaknya, yang diconteng Vellfire harga beratus ribu.
p/s : Mood study Account. Exam for next week. *,*
Tweet
No comments:
Post a Comment