November 5, 2011

Tagging game answered.!

Assalamualaikum, selamat petang semua. Huh! Berehat jap selepas buat segala persiapan untuk Raya Haji. Tadi bukak blog jap, dan aku terjumpa ni...



Sakinah dah tag aku dalam tagging games dia. Terima kasih kerana tag aku. So, entri aku kali ini untuk menjawab semua soalan beliau sebanyak 11.

Beliau tanya :-

1. citer kartoOn yg paling korang minat
J : Cartoon yang paling aku minat? Dah tentu Detektif Conan. Aku suka cartoon ni sebab it's all about INVESTIGATION yang memerlukan skill pemikiran yang Professional.

2. pernah ponteng kelas or kuliah tak? and why?
J : Untuk pengetahuan semua, aku jarang ponteng kelas. Kalau ponteng pun dalam jumlah yang boleh dikira dengan jari. Bagi aku ponteng kelas ni merugikan. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit. If korang terlibat dalam aktiviti ponteng kelas ni, bawak2 lah muhasabah diri. Cuba untuk disiplinkan diri.

3. layan English Premier League (EPL) tak?
J : Seriously aku tak layan EPL. Malas! Kan lagi senang tengok keputusan kat paper or berita je. Save masa.

4. kalau yer, sokong team mane?

(none)

5. lagu yg paling korang minat and why?
J : Buat masa ni, lagu yang dah menawan hati aku ialah Vierra - Kesepian. Feel maa...  Nak tahu kenapa? Ha!..  Setiap lagu yang aku layan mesti ada kena mengena dengan diri aku. Nak dengar klik sini.

6. suke dengar ceramah?
J : Suka! Asalkan bukan ceramah POLITIK. Ceramah banyak membantu aku dalam mengubah khilaf sebagai seorang hamba dimuka bumi ini.

7. kenapa perlu couple? (if ada)

J : Couple.? Tak perlu buat masa sekarang.

8. andai kata BF/GF korang love two person at the same time, ape korang nak buat?
J : Relakan dia pergi. Mungkin kita ada kekurangan untuk berada disisi dia. Cuba cari kekurangan dan ubah!

9. target kahwin umur brape?

J : Wah! Soalan yang paling aku suka. Umur aku sekarang 16 tahun. Agak-agak 28 tahun sesuai tak? Semua tu cuma perancangan dan Allah yang menentukan.
10. ape perasaan bila korang suke someone, but dia suke org lain?

J : Hampa...  Apa-apa pun anggaplah ia sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
11. perasaan bila kena jawab soalan nih 

Huh! Penat menaip dan menjawab. Soalan banyak sangat. Tapi aku happy dapat menjawabnya dengan baik!

p/s : Sakinah! Agak-agak la, aku jawab ni ada markah tak? Haha!


Siap juga akhirnya aku menjawab soalan soalan Sakinah.

Takde sebarang soalan untuk di tag kepada rakan lain. SALAM AIDILADHA buat semua umat Islam.





















2 comments:

  1. dah bace.. markahnye... erm, insyaAllah straight A+ in SPM next year. amin^^

    ReplyDelete

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...