November 5, 2011

9 Zulhijjah : Kelebihan Berpuasa Sunat Hari Arafah


Assalamualikum dan Selamat Pagi semua. Hari ini, 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432H. Kita sebagai umat Islam disunatkan untuk berpuasa pada hari ini kerana umat Islam yang menunaikan Haji berpusu-pusu untuk berwukuf.



Daripada Abi Qatadah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud " Puasa Hari Arafah menebus dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya. Dan Puasa Asyura' itu pula menebus dosa setahun sebelumnya".





 Kelebihan puasa Hari Arafah ialah ia dapat menghapuskan dosa selama dua tahun. Setahun berlalu dan setahun mendatang. Adapun yang dimaksudkan dengan dihapuskan dosa setahun akan datang ialah setiap kali ada keinginannya akan melakukan suatu dosa lalu Allah SWT akan memalingkan hatinya daripada melakukannya sehingga ia tidak jadi melakukan dosa tersebut. Adapun maksud dosa-dosa yang dihapuskan itu ialah hanya terbatas kepada dosa-dosa kecil sahaja, bukan dosa-dosa besar, sebab dosa-dosa besar hanya dihapuskan oleh Allah melalui taubat nasuha dengan memenuhi syarat-syaratnya. Puasa Arafah hanya disunatkan ke atas umat Islam yang tidak melakukan Ibadat Haji sahaja. Demikian ketentuan Nabi SAW.






Sources : Google




No comments:

Post a Comment

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...