November 3, 2011

SEGMEN BLOGLIST KERI : Sebarkan Walau 1 Ayat


Assalamualikum dan salam 1 Malaysia.
Hati sungguh senang bila aktiviti blogwalking terhenti pada segmen ini. Memang jarang sekali kita jumpa segmen yang berunsurkan dakwah atau nasihat seperti ini. 


Hadis:

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

Huraian

1. Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.
2. Setiap mukmin hendaklah sentiasa bermuka manis dan berbudi bahasa tinggi semasa berhubung dengan orang lain kerana hal ini juga dianggap sebagai satu sedekah.
3. Senyumlah selalu kerana senyum juga dianggap sebagai sedekah.













4 comments:

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...