Bismillah mulakan melangkah jemari dari satu not ke satu not papan kekunci.
Ambil masa sikit dan peluang yang ada, update satu pengalaman. Kongsi pada readers yang sudi baca.
Versi throwback, dah nama pun pengalaman.
Bila diingat kembali kejadian accident aku tempoh hari, suatu perkara yang terlintas dalam benak aku adalah NYAWA.
Diceritakan kronologi kejadian seperti tertera. Sila baca.
4 hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Dalam perjalanan balik kerumah setelah sampai dari terengganu dan destinasi terakhir ke klang sentral. Abang aku ambil dari klang sentral dan aku buat keputusan untuk drive kereta dari klang ke rumah.
Ambil masa 1 jam lebih lalu highway SKVE dan singgah sementara di BSN Banting atas urusan tertentu. Selesai, teruskan ke rumah. Dalam pertengahan jalan, berlaku satu pertembungan.
Tersentak!
Dentuman kuat dan aku yang berada dalam kereta seolah ter'reset' ingatan sementara dengan perjalanan ke destinasi. Kereta berhenti di bahu jalan dan terus tak bergerak. Rim patah, sidemirror cabut, pintu remuk tak dapat buka, cermin depan retak.
Toleh belakang. Dengan apa aku berlanggar tadi?
Allah! Kereta dengan kereta.
Kereta yang dari jalannya yang lurus berputar ke lane laluan aku. Macam mana keadaan driver agaknya.
Aku cari alternatif untuk keluar dari kereta. Pintu bahagian pemandu dah tak boleh buka. Satu cara je. Keluar pintu belah sana(kiri).
Lari dan bergegas ke arah kereta yang berlanggar dengan aku. Kalau kira jarak, ada lebih kurang 200meter. Jauh sungguh. Hati penuh debaran.
Driver kereta tu keluar dari keretanya. Fuhh. Alhamdulillah. Syukur satu benda. Dia takda pape. Aku pastikan betul betul. Aku tanya dia, 'abang okay ke? Ada luka mana mana? Sakit mana mana?' Dia kata okay je. Walau aku nampak beberapa titik kesan darah pada muka dia. Sikit je la. Walau sikit pun, dia tetap luka. Aku tahu hati dia juga luka bila kena musibah macam ni.
Kereta dia?
Toksah citer. Lebih teruk dari kereta aku. Rasa nak gugur hati ni bila terlibat dalam situasi tu. Benda dah jadi. Aku hadapi. Tak sempat lagi sampai rumah, dah nasib.
Cuma sampai sekarang aku masih terkesan dengan kejadian.
Serius, aku cuba membayangkan. Andai waktu tu, ada satu kemalangan jiwa. Siapa yang dipertanggungjawabkan? Menduga masa akan datang nasib sekeliling mangsa keadaan, boleh mengalir air mata.
Mungkin Dia nak beri aku sedar. Pentingnya sesuatu, nasihat, nyawa dan nikmat.
Alhamdulillah.
Itu mampu aku
Tweet
No comments:
Post a Comment