Alkisah di pagi syawal,
Di hari pagi ceria suasana,
Anak anak berwajah ceria,
Dek kerana syawal telah tiba,
Mulalah takbir bergema diangkasa.
Baju melayu, sampin serta songkok tampak bergaya,
Berbaju kurung serta tudung tak kurang manisnya,
Baju raya sedondon sekeluarga,
Buat suasana bertambah ceria.
Si suami nampak gembira,
Lengkap berbaju melayu tampak machonya,
Di pagi syawal bergurau senda,
Bisik pada isteri, nak tambah cawangan katanya.
Pagi raya takbir bergema,
Tanda seru syukur pada yang kuasa,
Ramai ramai solat sunat bersama,
Zakat fitrah jangan terlupa.
Seusai solat bersalam salaman,Erat hubungan juga bermaafan,
Lelaki perempuan jaga pergaulan,
Walaupun raya, tetap pada batasan.
Di pagi raya, ziarah menziarahi,Jangan dilupa pada yang telah pergi,
Ziarah kubur perkara mesti,
Doa dan fatihah moga roh dicucuri.
Ketupat lemang, juadah tradisi,
Rendang tok pelengkap resepi,
Menyipkannya suntuk sehari,
Tak lengkap raya tanpanya di syawal hari.
Belum terlambat lagi untuk ucapan Salam Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir Batin dipinta walau Syawal yang hanya berbaki lagi 10 hari.
Tweet
No comments:
Post a Comment