February 22, 2013

Tazkirah Jumaat | Tabung Masjid





"Tabung Masjid untuk diisi, bukan sekadar dilihat ianya lalu didepan mata, apatah lagi DIBAWA LARI"

Setiap Jumaat pastinya kita ke masjid untuk dirikan solat jumaat. Pada masa yang sama pihak masjid ada sediakan tabung bergerak untuk lebih memudahkan kita menghulurkan seikhlas hati. Tapi kadangkala, ianya hanya lalu didepan mata tanpa diisi.

Tabung masjid besar ganjarannya jika kita sedekah kedalamnya. Contoh jika sebahagian duit yang kita sedekahkan itu digunakan untuk membeli kipas angin di masjid, dan ia digunakan sewaktu orang bersolat, maka pahala kita akan dapat selama mana kipas itu berfungsi di masjid. Mudah untuk mencari pahala. Tapi kadangkala kita ni yang berat nak hulurkan.


Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah

Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”. 


3 comments:

  1. Salam Jumaat ! Selamat menunaikan ibadah Jumaat :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hidup manusia takkan sempurna, tapi dengan adanya kita akan saling menyempurnakn. welcome =)

      Delete

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...