December 6, 2012

Cukup merdekakah aku?

Alhamdulillah, semalam berakhir sudah paper SPM yang aku ambil.

Selesai je paper, aku terus update status di facebook guna wifi sekolah.

Dan aku dapat satu komen yang membuat diri aku tersentap.

Komen fb yang mengatakan " hidup baru bermula bro. sentiasa lakukan yang terbaik untuk masa depan ".

Lepas aku baca komen ni memang aku terkedu sekejap.

Apa yang dia kata memang betul.

Memang hidup baru bermula.

Kehidupan yang memerlukan ketahanan mental untuk menghadapinya.

Susah rupanya.

Aku fikir jadi orang yang dah bebas daripada sekolah ini cukup seronok.

Apa yang nak dibuat boleh dibuat sahaja.

Sekarang ni, aku tengah fikir macam mana nak cari kerja.

Takkan nak duduk rumah je goyang kaki.

Sekurang kurangnya ada la benda yang boleh dibuat sementara bercuti 3 bulan.

Lama tu. Kalau buat kerja sikit-sikit adalah juga hasilnya.

Cukup untuk belanja seharian, okey dah tu.

Kalau baik, boleh tolong ayah sikit-sikit belikan beras atau barang-barang dapur.

Sekurang-kurangnya ringanlah beban ayah nak tanggung kita sekeluarga ni.

Kalau menabung, lagi bagus.

Ingat sikit, masa depan menunggu.

Takkan nak habiskan belajar takat SPM je.

Sia-sia lah ayah bayar yuran tiap-tiap tahun, bagi duit belanja tiap-tiap hari.

Bagi mereka, itu satu pelaburan. Dan kita lah yang wajib menjadikan pelaburan mereka menjadi satu pelaburan yang lumayan.

Yang paling penting, untuk kesenangan kita juga.


No comments:

Post a Comment

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...