July 21, 2012

Salam Ramadhan 1433H | Solat Subuh sebelum Sahur


Alhamdulillah tiba juga kita ke Ramadhan yang seterusnya. Hari ini 1 Ramadhan 1433H bersamaan 21 Julai 2012 seluruh umat Islam telah bangun bersahur untuk melaksanakan kewajipannya seperti yang termaktub dalam Rukun Islam yang ke 3.

Salam Ramadhan diucapkan kepada seluruh umat Islam di muka bumi ciptaan yang Maha Kuasa ini. Moga Ramadhan ini memberi kita lebih banyak peluang untuk terus mengabdikan diri padaNya serta memantapkan keimanan dalam diri sebagai hambanya.

Saja aku update pagi-pagi lepas solat subuh sementara ada masa lapang untuk menyingkap kembali kenangan semasa mula-mula dulu hendak berpuasa. Bila dikenang kembali, sungguh lucu. Kisah pada 2001 ketika itu aku berumur 6 tahun.

Pagi itu mama kejut aku untuk bersahur. Maka dengan penuh excitednya aku tangkas bangun kerana hari itu merupakan hari pertama aku nak berpuasa selama aku hidup. Dan, aku terus ke bathroom. Mandi dan berwudhuk. Selesai mandi, aku kebilik dan bentang sejadah. Apabila aku baru mengangkat tangan untuk 'tekbiratul ihram', ayah terus masuk kebilik dan bagi tau. 'Eh, belum masuk waktu lagi la. Kita sahur dulu. Nanti baru azan'. 

Mulai saat itu, baru aku tau, sahur sebelum masuk waktu Subuh.


Salam Ramadhan Al Mubarak!

3 comments:

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...