March 20, 2012

Surat Cinta Dari SI dia.


Dalam keseronokan aku mendapat surat cinta dari si DIA, dah dekat berpuluh kali juga aku membacanya. Isi kandungannya sangat menyentuh hati aku.

Buat pertama kalinya aku mendapat surat cinta.

Siang malam memikirkan si DIA.

Lalu terfikir,

Eh, sejak bila kita bercouple?

Getus dalam benak hatiku..


Alkisah..

Aku balik dari sekolah..

Macam biasa, aku menunggang moto.

Dalam perjalanan,

Ada seorang awek menunggang motonya bersebelahan aku.

Lalu tiba-tiba dia melambai-lambaikan tangannya.

Dengan "blur"nya, aku membalas lambaiannya supaya dia tidak berasa kecil hati.

Tetapi, dia melambaikan semula tangannya.

Aku kehairanan.

Kali ini lambaiannya beserta suaranya yang merdu seakan-akan memerintahkan sesuatu.


Awek : "Dik! Tolong berhenti sekejap"

Aku : Oke-oke..
(Dah berhenti)

Awek : Minta keluarkan IC dan lesen?

Aku : Ha?
(Alamak!!! baru aku perasan, dia ni pakai uniform. Polis trafik.)

Awek(Polis) : Adik dah langgar lampu isyarat dan menunggang melebihi had laju.
(Maka awek tu pun keluarkanlah surat cinta dia kat aku)

Aku : Alamak, sorry la kak. Nah! Saya bagi duit untuk beli cokelat. Akak suka kan?

Awek(Polis) : Maaf ye dik. Segala pembayaran boleh dibuat di balai polis.

Aku : Adei! Terkenalah aku kali ni....
(Sambil membelek2 surat cinta yang baru dapat)




Moral of the story :
Patuhi undang2 jalan raya.
Jangan dok tenung awek je, kan dah terkena! Padan muka aku.


Cerita rekaan semata
Watak AWEK POLIS dibawa oleh Zatty Musyuk

Amacam? Inilah Inspektor Jambu.

1 comment:

  1. alahaii ! jiwang tak surat cinta dari saya tuu ?

    ReplyDelete

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...