January 27, 2012

15 Maksiat Yang Disegerakan Balasannya





Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda : 


" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :


1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .

2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan . 

3 . Zakat dijadikan hutang .

4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .

5 . Anak derhaka terhadap ibunya .

6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya . 

7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya . 

8 . Suara ditinggikan di dalam masjid . 

9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .

10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya .

11 . Arak diminum di merata tempat .

12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki . 

13 . Para artis disanjung - sanjung . 

14 . Muzik banyak dimainkan . 

15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) . Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di roboh menjadi makhluk lain . 





Hayatilah bersama. Sekadar tazkirah dihari Jumaat yang indah, penghulu segala hari. Moga dapat pengisian yang bermanfaat melalui hadis diatas.

3 comments:

  1. Dunia semakin hampir ke penghujungnya.Takut bila dengar maksiat yang berlaku.SEmoga tak berlaku kat diri kita.

    ReplyDelete
  2. semoga kita terhindar dari semua ini InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. @Yatie Awang & @shida sajee.. harapannya juga begitu... hanya keimanan yang kukuh serta sifat takutkan Allah sahaja dapat melindungkan diri kita dari segala maksiat...

    ReplyDelete

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...