KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Gerhana bulan penuh dengan pemandangan
seakan-akan bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama lebih 40
minit dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini.
Unit Falak Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu
kenyataan hari ini berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan
fenomena itu dan melakukan solat sunat gerhana.
"Gerhana kali ini berlaku pada awal
malam. Meriahkanlah fenomena ini dengan bacaan selawat dan tasbih serta solat
sunat gerhana di masjid.
"Kejadian itu amat besar
hikmatnya supaya manusia melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan Allah dan
memanfaatkannya dari segi rohani dan kajian saintifik," jelas kenyataan
itu.
Kenyataan itu menyebut bahawa
melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk
timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum
matahari terbenam.
Bulan yang beredar dengan had laju
relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada
kira-kira pukul 7.33 malam.
Bayang bumi akan mula menyentuh sisi
sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana
bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan
muka bulan hanya 75 minit.
"Selepas itu bulan akan
mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji
bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan
bayang luar," jelas kenyataan itu lagi.
Peringkat pertengahan gerhana penuh
itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi
iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu
satah.
"Ia menandakan fasa purnama
Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa
bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit
sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi," jelas kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, solat sunat
gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula
kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.
Sumber dipetik dari Utusan Online
p/s : "Gerhana kali ini berlaku pada awal malam. Meriahkanlah fenomena ini dengan bacaan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid.
Panduan solat sunat gerhana bulan
p/s : "Gerhana kali ini berlaku pada awal malam. Meriahkanlah fenomena ini dengan bacaan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid.
Panduan solat sunat gerhana bulan
Tweet
copy paste nampak !!
ReplyDeletehaha!
ReplyDelete