Assalamualaikum.
Salam ukhuwah, Salam Ramadhan & Salam 1 Malaysia..
Ibu Ahmad Zakiyuddin, Mariam Ismail, 26, ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, berkata ketika kejadian dia berada di dapur, manakala anaknya di ruang tamu bersama adiknya, Daneil Akashah, lima bulan dan dua sepupunya masing-masing berusia lima serta enam tahun.
“Secara tiba-tiba saya terdengar letupan kuat dari luar rumah sebelum bergegas menghampiri Ahmad Zakiyuddin yang hampir rebah dan mengalami luka pada tangan kanan.
“Ahmad Zakiyuddin dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut,” katanya.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana adik mangsa dan dua sepupunya tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, ibu Syakir, Wati Ismail, 31, berkata ketika kejadian itu dia sedang menjahit baju, manakala anak bongsunya itu bermain bunga api yang dibeli dengan harga RM1 untuk 10 batang di luar rumah.
“Bagaimanapun, Syakir masuk ke rumah dan menemui mercun bola sebelum mencucuhnya dengan bunga api itu bersama abangnya, Anuar, 6, kira-kira jam 1.30 tengah hari,” katanya.
Katanya, sejurus terdengar letupan kuat, dia bergegas keluar melihat keadaan sebelum mendapati tangan kiri anaknya berlumuran darah sebelum menghantarnya ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang dan kemudian dirujuk ke Hospital Pasir Mas.
“Bagaimanapun, disebabkan jari hantu anak saya hampir hancur, Syakir terpaksa dirujuk ke HRPZ II untuk menjalani pembedahan dan rawatan lanjut.
“Saya difahamkan, Syakir menjumpai mercun bola itu dalam laci almari yang disimpan seorang lagi abangnya, Syamil Faik, 10,” katanya.
Sumber : bharian
Tweet
No comments:
Post a Comment