November 4, 2019

Kekuatan

Perkara yang sama, harus aku lalui.

Jaraknya hanya setahun yang lalu.

Dahulu aku ambil pendekatan, langkah kali ini yang paling akhir dan janji takkan berulang lagi. 

Tapi semuanya sudah dalam perancanganNya. 

Perjuangan aku kali ini aku gagahkan. 

Aku cuba perbaiki dari kesilapan silam. Namun aku tahu dimana aku punya kekuatan. Dan semakin hari aku semakin hanyut dilautan. 

Menjentik hati, kian tak berkesan. Mungkin itu memang sudah ditakdirkan. 

Kadang aku fikir, ini ujian untuk aku perbaiki kelemahan. Tapi aku sedia sudah lemah. 

Terhiris bak seribu kali hirisan, lalu ditambah air limau perahan. Itu ibarat sebuah perasaan. 

Aku berdoa, agar aku dapat membisik pada hatinya. Aku berdoa agar aku mampu mengusik memori memorinya. Aku berdoa agar dapat mengingatkan dimana kekuatannya dulu menggenggam sebuah perasaan penasaran saat aku tiada apa jawapan untuknya. Aku berdoa untuk kali terakhir. Diakhir ini, apa jua keputusan, aku yakin itu adalah yang terbaik. 

Hafizz Nasruddin - Nov 2019

March 5, 2018

Aku masih perlu perbaiki

Ibarat melepaskan yang terbaik,
Sedang kau masih meragui adakah diri ini sudah baik.

Jadi kau biarkan berlalu pergi,
Atas sebab ianya hak dan peribadi.

Tak mampu untuk halang apa yang direncanakan demi masadepan dirinya, kerana padanya hanya dia tahu apa yang terbaik untuknya. Aku pilih, undur.

Kalau tak mampu memudahkan urusan,
Aku tak boleh sulitkan.

Jerit hati,
Berteriak kuat, namun tetap ku simpan dari zahirnya.
Kerana aku rasa ia seolah aku penting diri,
Malah boleh beri impak pada keputusan yang telah dibuat.

Dan aku cuba, cerita dalam diam.

-Hafizz Nasruddin, 2018-

Entri terkini

Busuk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...